Berikut adalah penambahbaikan HomeStay Rumah Rakan Prima Meru Ipoh.
Bilik utama, kedua dan ketiga sebagai ruang tidur.
Bilik utama dan kedua dilengkapi masing-masing dengan sebuah katil queen.
Bilik ke 3 dilengkapi dengan katil bujang laci. Selesa untuk 2 orang,
Semua bilik tidur (utama, kedua dan ketiga) berhawa dingin.
Ruang tamu (berhawa dingin), makan dan dapur.
Kelengkapan lain adalah:
1 tempat letak kereta.
Kolam renang dan tapak permainan kanak-kanak.
Berikut adalah gambar-gambar homestay kami.
Ruang Tamu
Pada ruang tamu berhawa dingin ini kami sediakan kemudahan:
- Sofa 4+1
- Karpet buluh 4X5
- Meja TV dan TV
- Kipas siling
- 1 meja pejabat dan kerusi pejabat beroda untuk kemudahan mereka yang menginap di sini bagi tujuan kerja.
- Ruang tamu ini berhawa dingin
Bilik UtamaBilik utama berhawa dingin dilengkapi dengan:
- Katil dan tilam kelamin siap bercadar, berselimut dan berpenutup cadar.
- 4 biji bantal bersarung
- Karpet 5 X 6
- 1 meja solek, meja sisi dan kerusi
- Bilik ini mempunyai tingkap 10 kali lebar dan tersedia langsir
- Kipas siling
- Berhawa dingin
- Sehelai sejadah
- 1 lampu tidur
Bilik air di bilik utama ini tersedia
- Tandas duduk
- Singki dan cermin muka
- Sabun mandi
- 2 helai tuala
*Corak cadar berubah mengikut masa
Bilik kedua
Bilik kedua berhawa dingin dilengkapi dengan:
- Katil dan tilam kelamin siap bercadar, berselimut dan berpenutup cadar.
- 4 biji bantal bersarung
- Karpet 3 X 5
- Kipas siling
- Berhawa dingin
- 1 meja solek, meja sisi dan kerusi
- Bilik ini mempunyai tingkap 3 kaki lebar dan tersedia langsir
- 2 helai tuala
- Sehelai sejadah
- 1 lampu tidur
Bilik air di luar utama ini tersedia
- Tandas duduk
- Singki dan cermin muka
- Sabun mandi
*Corak cadar berubah mengikut masa
Bilik ketiga
Bilik ke 3 dilengkapi dengan sebuah katil bujang laci. Selesa untuk 2 orang dewasa.
Bilik ini disediakan
- 1 rak buku di sisi ruang.
- Bilik ini mempunyai tingkap 3 kaki lebar yang tersedia langsir.
- Penghawa dingin
- Kipas siling
- Sehelai sejadah
- Sebuah lampu tidur
Ruang Makan
Di ruang makan ini kami sediakan- 1 meja makan dengan 6 kerusi.
- Satu rak di sisi meja makan dengan ketuhar micro diatasnya.
- Satu meja kecil pelbagai guna juga disediakan.
- Kipas siling
- Di ruang ini juga kami letakkan almari baju
- Di dalam almari baju untuk kegunaan tetamu ini juga kami simpan ironing board, sterika, 12 penyangkut baju, 2 tilam nipis bujang dan 2 tilam angin queen.
DapurDi dapur, telah tersedia:- Satu singki
- 1 almari kabinet bawah berukuran 4 kaki
- 1 almari kabinet atas dan bawah berukuran 3 kaki
- Sebuah peti sejuk-Pemilik juga kerap menjadikan unit ini sebagai rumah singgah. Terdapat beberapa makanan basah tersimpan di dalam peti sejuk)
- 1 cerek elektrik
- 1 periuk nasi
- 1 induction cooker
- Pinggan mangkok sesuai untuk 6 orang tetamu
- Alatan asas untuk memasak
- Rak pinggan
Permandangan Luar
Agak mencabar untuk kami memilih unit ini, Kami memang fokuskan unit yang rendah dan mempunyai view ke arah kolam renang. Unit yang ada hanyalah unit ini yang 90% memenuhi keperluan kami. Bolehlah ... :-)
Ini adalah hiasan dinding pada pintu luar. Tak ada hak rekacipta. Boleh dijadikan contoh untuk rumah anda. Jujur kos untuk hiasan ini hanya RM3.00.